Sedikit maklumat berkaitan Kaabah…
1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.
2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.
3. tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.
4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi=doa akan termakbul kerana di situ adalah tempat gema atau ruang dan masa serentak.
5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.
6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.
7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.
8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.
9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.
10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.
11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.
12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.
13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.
14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.
15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.



terima kasih atas info ! subhanallah !
sama2
saya pun ….ucapkan Terima Kasih .. juga
salam. ada reference x untuk info ni?
alhamdulillah atas nikmat2 Allah yang banyak, mohon tulis ”hikmah disebalik” dari ”rahsia2” ye
( sessungguhnya syaitan itu musuh kamu yang paling teruk)) syaitan akan menimbulkan waswas dan bisikan dalam target2 dia
ada org yang kurang faham nnt igtkan kita pergi buat umrah/haji tu bukannya ibadat dah ttp just excercise mentally and physically, allah berfirman
sekian
setuju dengan pendapat…magdah …niat kerana allah yang penting…apa pun yang di sampaikan tu..ilmu mungkin benar mungkin sebaliknya..hakikatnya makah dan madinah kota suci yang paling berkat dan dirahmati dimuka bumi ini..allah perlihara …andaian dan logik akal tidak..mampu manusia menerangkang tentang maksud barakah..hanya Allah sahaja…maha mengetahui…sepertimana kita tahu al-quran dan sunnah nabi..kita tahu dan amal..x perlu dipersoal lagi…itu dan ini. manusia lemah. Allah maha kuasa..amin.
thisisbestbero
maklumat mekah menambah lagi keimanan kita,
salam, minta ihsan reference links atau buku yg dirujuk.
terima kasih kerana info yg baik
Assalamu’alaikum, Boleh saya tahu sumber artikel ini?
thnx 4 da info
sgt2 menarik & berguna utk semua
trima kasih
terima kasih atas info tersebut
Diantara sumber dari blog
http://alfatehdarwisya.blogspot.com/2011/11/kisah-kaabah-yang-tidak-ramai-ketahui.html
http://pemudasulong.blogspot.com/2011/11/kisah-kaabah-yang-tidak-ramai-ketahui.html
http://pikalikeu.blogspot.com/
http://fathnahlrahman.blogspot.com/
http://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=249380998452237&id=122367907779093
http://www.facebook.com/pages/Wahiduzzaman-Trading/278194722191047
http://ilovesitikhadijah.blogspot.com/
http://www.ibnushukran.com/2011_11_01_archive.html
ini (^^^) (atas) bukan reference.
reference adlh sesuatu rujukan yg kita rujuk utk mengetahui sejauh mana kebenaran cerita tersebut.
yg kat atas nie just blogger yg share cerita nie.
saya nak reference…
contoh: kajian daripada ‘Al-Azhar University. Research institute…
kajian drpd Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah ke.
tak pun… hadis2 sahih atau ayat al-qur’an ke.
itu lah yg sebenarnye…
kita harus tahu kebenaran dan menyampaikan kebenaran sblm menyebarkan sesuatu…
jgn jd mcm message berangkai (rumor)… sebar cerita bohong…
tq… jazakallah…
Nabi SAW bersabda maksudnya: “Kaabah itu adalah sistem tanah di atas air, dari tempat itu bumi ini diperluaskan”.
http://www.zaidimokhtar.com/kajian-sains-mengesahkan-makkah-sebagai-pusat-bumi/
Golden ratio, The miracle of MECCA QIBLAH
http://www.youtube.com/watch?v=PhsBYXCjftk
Golden Ratio Point Of The World * Mecca
http://www.youtube.com/watch?v=hD2323zkQUM&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=ed2ZfhMmiLU&feature=related
http://www.zaidimokhtar.com/mekah-adalah-pusat-bumi/
adik amin byk info2 tentang kaabah,makkah..sejak dari zaman nabi Ibrahim,kisah burung Ababil tentang tentera Abrahah..
mesej berangkai itu beza dengan info kaabah dan makkah..buka minda adik Amin
Mekah adalah pusat bumi. Sama ada percaya atau tidak jawapannya mudah ditemui semasa kali pertama Neil Armstrong menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969. Di dalam satu temu bual di stesen TV Al Majid, Arab Saudi, Dr. Abd Al-Baset Al-Sayyed dari pusat Penyelidikan Kebangsaan Mesir mengulas, angkawasan pertama itu telah membuktikan, Mekah adalah pusat bumi.
Katanya ia telah dibuktikan secara saintifik semasa Neil Armstrong di dalam perjalanan ke bulan. Ketika itu dia berjaya mengesan satu radiasi yang dipancarkan dari bumi. Radiasi itu di dalam gelombang pendek. Situasi itu sesuatu yang pelik dan mereka cuba mencari jawapan dan membuat penelitian. Akhirnya mereka berjaya mengesan bahawa radiasi itu dipancarkan dari Mekah atau secara tepatnya dari Kaabah.
“Yang paling mengejutkan radiasi itu bersifat infiniti (tidak berpenghujung). Apabila Armstrong menjejakkan kaki ke bulan, radiasi itu masih boleh dikesan. Radiasi itu mempunyai sifat yang istimewa dan paling penting ia infiniti. Saya percaya inilah yang menhubungkan Kaabah di bumi dengan Kaabah di alam akhirat.
“Bayangkan anda berada di kutub utara dan saya berada di kutub selatan,di tengah-tengah adalah zon keseimbagan magnet atau zon magnetisme sifar dan itulah Mekah. Kalau hendak dibuktikan boleh. bawa kompas ke Kaabah dan anda dapati jarum kompas itu tidak akan bergerak. Ini bermakna Kaabah adalah zon magnetisme sifar. Tarikan untuk ke dua-dua medan adalah sama kuat.
Hal sedemikian katanya, turut memberi kesan pada kesihatan dan umur seseorang. Sebab itulah orang yang tinggal di Mekah lebih sihat dan panjang umur. Tekanan graviti yang tertumpu di kawasan itu memberi kesan pada peredaran darah dan pergerakan biologi kehidupan.
“Ini telah dibuktikan bahawa ia boleh memberi kesan pada hemoglobin untuk membawa darah yang mengandungi oksigen ke seluruh tusi badan. Bermakna bila anda berada di Mekah, keupayaan darah untuk membawa oksigen ke seluruh tisu badan secara semula jadi jauh lebih baik berbanding tempat lain di dunia ini,” jelasnya
Pelbagai bukti saintifik dari kajian para saintis juga telah membuktikan bahawa Kaabah berada di “Centre of the earth”. Jika anda berkesempatan ke Mekah Al-Mukaramah cuba bawa kompas ke arah Kaabah dan lihat jarum kompas tersebut tidak akan menunjuk mana-mana arah sama Barat, Timur, Selatan atau ke mana-mana arah kerana Kaabah sememangnya berada di pusat atau ditengah-tengah bumi. Neil Amstrong juga mengesahkan fakta ini.
Maha Kaya Allah, dengan hanya melakukan Tawaf kesihatan kita akan bertambah baik. Tidak hairanlah jika ramai yang mengetahui rahsia ini sentiasa merindui untuk ke Mekah… Bagi yang bukan Islam kaji-kajilah fakta ini dan anda pasti akan mendapat kebenaran-Nya. Marilah kita belajar ilmu dan mengkaji Islam yang amat indah ini..
Salam, sumber AL QURAN & HADITH tiada cuma pakai lojik saintifik . Rahsianya hanya pada hamba2 yang diberi Ilmu oleh ALLAH SWT. Walaupun Hadrat Musa as. seorang Rasul namun banyak lagi Ilmu yang tidak diketahui dan perlu dipelajari daripada Hadrat Khidir as. syarat kena sabar…Wallahua’lam
trima kasih infonya
Alhamdulillah, semuanya sains. mana perginya tuhan.
Allah Maha Berkuasa,semuanye Dia yg mencipta semua tu………….
tengkiu admin for this info..bila kita sebarkan hal ni saya tgk msti da org yg xbrpuas hati..open your mind..Allah maha pencipta…..jgn petikai apepn..
subhanallah~besar kebesaran ALLAH!!!
fakta ini di ambil dari … ?
Kenapa anda terlalu mengagungkan kaabah. Semuanya datang dari Allah, bukan dari kaabah. Bukan kaabah yang buatkan kita hilang penyakit, tapi Allah. Fakta anda tidak lebih daripada pseudoscience sahaja. Ingat semuanya datang dari Allah. Kita sembahyang bukan menyembah Kaabah, tapi menyembah Allah.
bukan nak mengagungkan tpi untuk mengkagumi kekuasaan Allah.. so bila kita tahu perkara ini insyaAllah iman kita akan tambah.. kalau tidak, kita asyik leka dgn perkara yg sia2.. kan ada org ckp semakin kita mengkaji bumi Allah ini, semakin dekat kita kepada Allah.. renung2 kan dan selamat beramal.. ^^
setiap kewujudan perkara/makhluk/benda atau sebagainya yg di ciptakan oleh Allah S.W.T. ada sebab dan asbabnya,ada rahsia2 yg tersembunyi disebaliknya,hanya org2 t’tentu yg diberikan oleh Allah yg dpt merungkai segala isi rahsianya tidak hanya pd orang islam sahaja ilmu itu d’berikan..semua itu adalah bukti kewujudan/kekuasaan/keupayaan/keagungan Allah S.W.T. pd makhluknya,samalah jua dgn kewujudan gunung ganang,bulan,lautan dan angin,ada sebab dan asbab kewujudannya pd sekalian makhluk didunia ni..
bila kita mengaji dan mengkaji dan mengetahui rahsia2 kewujudan pkr2 tersebut hati kita akan lebih dekat dengan Allah,hati kita akan lebih taksub dengan Allah,hati kita akan lebih mengagungkan Allah S.W.T. disebabkan zat2 ALLAH S.W.T.
So..brader ‘apa bukti’ bukalah minda,terimalah secara ilmiah..menuntut yang haq,menolak yang batil..
sesuatu yg tiada nas atau dalil secara qat’ie jgn dijadikn hujah…jika ada nas sila kluarkn beserta perawi, dan pastikan sanad tu sahih atau tidak. sekian
untuk makluman semua..neil amstrong menafikan tentang cerita beliau melihat radiasi or pancaran or apa2 yg berkaitan dengan kaabah semasa beliau diwawancara wartawan akhbar sekitar tahun 2005/2006..masa tu beliau datang ke malaysia atas urusan apa sy kurang pasti.kepada
admin,sila selidik dgn teliti kebenaran sesuatu perkara sebelum menyebarkannya kpd org lain.cerita2 ajaib sebegini menyebabkan non muslim memperlekehkan kesucian agama islam.agama islam tetap agama yg benar tanpa perlu adanya cerita2 mengarut seperti ini.
Artikel yg bagus. tp tajuk ada sedikit salah. sepatutnya “Kisah Ka’abah yang tidak diketahui ramai”
orang melayu islam senang dimanipulisali…mcm kes setan turun di mekah dulu
akhir zaman fitnah berleluasa…cukup lah…memalukan islam dimata dunia
ape benda la korang du bergaduh ni? dah orang share info, baca je lah. lau x puas ati cari reference sendiri. bising2 dalam ni ape hal plak.
terima kasih atas maklumat yang diberikan…
Subhanallah betapa agungnya kuasa Allah swt.saya bersyukur dan berbangga dilahirkan sbgai umat islam.niat dihati ingin sgt nak sampai ke rumah Allah ni amin..apapun terima kasih tok info ni..
MasyaAllah terasa sangat rindu kepada Kaabah juga nak sngat mengelilinginya lagi….harap dpt mendekatinya bersama org2 yg tersayang
Korg ni tw gado, tengko jer… Buat malu org bkn Islm yg baca artikel ni. Kalo sume benda pelu bukti Quran & Sunnah, susah la. I2 la sbb nyer kenapa de ijmak, qias, & beberapa dalil2 syarak len. Lagipon, kalo de pon dlm Q’an, i2 cuma bunga jer. Kajain sains & fatwa ulama la yg memperincikn ssuatu hal. Kalo camni camner kita nak kmbali zmn Abasiah? Maaf kalo tkaso bhs. TQ ats bbrp kmen yg mbetulkn fakta blog ni. Syabas Zaidi, anda sudah malaksanakn dakwah di alam maya ni.
TQ fantastic infor
pucuk paku dlm paku…
paku dibawa ke sebarang…
carilah AKU di dalam AKU…
AKU berada didalam terang…
subhanallah..minta izin share..
Cool story bro.
Subhanallah… Allah Maha Mengetahui apa keajaiban dan hikmahnya…Bersyukur kita Mekah menjadi milik Muslim..dan kita berpeluang untuk berkunjung ke sana..Alhamdulillah….
saya xsetuju point 12..-Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur. ini lebih kepada pendapat admin sndiri..bkn dr dalil atau research dr mana2..org2 yg dtg ke Mekah semua sntiase sihat ke?sentiase pjg umur? ini semua adalah kerana kehendak Allah..bkn sebab die berada di Mekah..wallahua’alam..maafkn saye jike tersalah
Mekah kan di bawah arasy.. Allah maha tinggi ilmunya, maha mengetahui
macam mana nk tdo menghadap kiblat?????
posisi same mcm kite sembahyang ke? sambil baring?
Terimakasih, artikel yang baik. Saya tertarik berkenaan rambut yang berfungsi sebagai antena.
mahakaya allah sesungguhnya dia ciptakan sesuatu ada kebaikannya,terima kasih kerana sudi borkongsi ilmu
You could definitely see your expertise within the work you write. The sector hopes for even more passionate writers such as you who are not afraid to mention how they believe. Always go after your heart.
Izin kopas gan
Ibadat adalah diperlukan oleh manusia, bukan di perlu kan oleh Tuhan. Allah memerintahkannya untuk kebaikan manusia itu sendiri, hanya Manusia yang sombong dan bodoh yang tidak mahu menurut kewajipan.
Kisah Ka’abah yang tidak ramai ketahui I was suggested this website by my cousin. I’m not sure whether this post is written by him as nobody else know such detailed about my trouble. You’re amazing! Thanks! your article about Kisah Ka’abah yang tidak ramai ketahuiBest Regards SchaadAndy
Kisah Ka’abah yang tidak ramai ketahui I was recommended this website by my cousin. I’m not sure whether this post is written by him as nobody else know such detailed about my problem. You are amazing! Thanks! your article about Kisah Ka’abah yang tidak ramai ketahuiBest Regards Yoder
Kisah Ka’abah yang tidak ramai ketahui I was suggested this website by my cousin. I’m not sure whether this post is written by him as no one else know such detailed about my problem. You’re incredible! Thanks! your article about Kisah Ka’abah yang tidak ramai ketahuiBest Regards Lawrence